Monday, May 24, 2010

Kuasa Otak Manusia


Entri BibliografiKeputusan

Keputusan Yang Diselaraskan
Drubach, Daniel. The Brain Explained. New Jersey: Prentice-Hall, 2000."Walaupun jumlah berat otak adalah kurang daripada 2% daripada keseluruhan berat manusia, ianya memerlukan 20% tenaga dalam tubuh badan"20 W
"Body, Physics of." Macmillan Encyclopedia of Physics. New York: Macmillan, 1996."Purata kuasa yang digunakan oleh orang dewasa biasa adalah 100 W"20 W
Brown, Guy. The Energy of Life. New York: Free Press, 1999."Otak manusia adalah 2% daripada berat badan manusia, tapi ianya menggunakan 20% daripada tenaga dari tubuh manusia"20 W
Hart, Leslie. How the Brain Works. New York: Basic Books, Publishers, 1975."Otak jika dalam keadaan sedar memerlukan sumber tenaga yang sangat tinggi dan ianya sebenarnya tamak: walaupun berberat cuma 1/50 daripada berat badan tapi ianya memerlukan 1/5 daripada tenaga yang ada"20 W
Yang, Eric. "Think Dinner." Mac Evolution. 13 February 1998."Otak menggunakan 20% oksigen ketika berehat, jadi cuba bayangkan otak juga memerlukan 20% daripada jumlah tenaga dalam badan"20 W


Berat otak manusia adalah 2% daripada jumlah keseluruhan berat badan manusia. Walaupun saiznya kecil tapi ianya memerlukan 20% tenaga daripada tubuh badan. Otak menggunakan tenaga 10 kali kadar berbanding anggota tubuh lain yang dikira dalam tisu per gram. Puratanya penggunaan kuasa bagi seseorang dewasa biasa adalah 100 Watts dan otak menggunakan 20% dan ini menjadikan kuasa yang digunakan oleh otak adalah 20 W.

Berdasarkan diet 2400 kalori (adaptasi daripada Yang)
2400 kalori makanan = 2400 kcal
2400 kcal / 24 jam = 100 kcal/jam = 27.8cal / saat = 116.38 J / saat = 116 W
20% X 116 W = 23.3 W

Glukosa adalah sumber tenaga utama untuk otak. Apabila saiz dan kompleksiti otak meningkat, maka tenaga yang diperlukan juga akan meningkat.

Otak manusia adalah satu organ yang sangat lapar kepada tenaga. Jika tenaga tak dapat disalurkan dalam masa 10 minit, ianya akan menyebabkan kerosakan otak. Tidak ada organ yang lain yang sama sensitif berkaitan penggunaan tenaga sepertinya.

Pada tahun 1955, Albert Einstein telah diawetkan untuk dikaji. Tiga kertas saintifik telah dipaparkan menunjukkan apa yang terkandung dalam otak Einstein. Albert Einstein berbeza dengan otak orang normal yang lain di mana otaknya mempunyai lebih sel sel glial setiap satu neuron di mana ianya menandakan bahawa neuron dalam otak Einstein menunjukkan ada peningkatan dalam keperluan metabolik (ianya memerlukan dan menggunakan tenaga yang lebih). Berat otak Einstein cuma 1,230 gram, di mana ianya kurang daripada berat otak orang dewasa yang normal (purata 1400 gram). Ketebalan kortex selebrum adalah lebih nipis. Bagaimanapun, luas kawasan yang mengandungi neuron beliau adalah lebih luas. Dalam erti kata lain, Einstein mampu untuk mengisi lebih neuron dalam kawasan kortex yang diberikan.

Dalam kajian akhir akhir ini berkaitan otak Einstein telah diterbitkan dalam jurnal kesihatan Britain pada 19 Jun 1999. Mereka mendapati bahawa jumlah bahagian otak yang mengarahkan keupayaan matematik dan spatial reasoning -- 2 kunci penyebab cara Einstein berfikir adalah yang terbaik -- 15% lebih luas daripada purata manusia membenarkan perhubungan antara sel sel lebih baik, di mana membenarkan mereka untuk bekerja bersama lebih baik lagi.

1 comments:

miss hav0c said...

nah amek kau gedabak gamba otak hahaha nice2

May 24, 2010 at 8:17 PM

Post a Comment